Google

PHOTO ALBUM BPC

Friday, February 9, 2007

Perkataan kolej universiti beberapa IPTA digugur

Petikan Utusan Malaysia 03/06/2006

Perkataan kolej universiti beberapa IPTA digugur

PUTRAJAYA 2 Jun - Kerajaan mengambil keputusan untuk menggugurkan perkataan kolej universiti pada beberapa insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ia setaraf dengan universiti-universiti awam yang sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut sejajar dengan perkembangan IPTA berkenaan yang akan menjadi lebih besar berikutan penambahan bilangan kursus yang ditawarkan.

``Dari segi kemasukan ke kolej universiti itu juga kita gunakan lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi.

``Jadi kita terima untuk meletakkannya sama taraf dengan universiti sedia ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis ringkas penyampaian surat tawaran menaik taraf tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada kolej kepada kolej universiti di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika ini terdapat lima IPTA yang bertaraf kolej universiti iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Mustapa bagaimanapun menyatakan, beberapa perkara teknikal masih lagi diperhalusi dengan Peguam Negara (AG) sebelum langkah tersebut dapat dimuktamadkan.

No comments:

Support Info